Saturday, April 9, 2011

Lawatan Industri - Proton Shah Alam

*De Chee Keong B020710095
*Mohd Azmi Bin Muhajer B020710112



Pada 31-03-20011, satu lawatan industri ke Proton Shah Alam telah diadakan. Seramai 32 orang pelajar 4-BENE ( 19 lelaki, 13 perempuan) dan 2 orang pensyarah pengiring telah mengikuti lawatan ini.

Sesi lawatan bermula dengan para pelajar dan pensyarah berkumpul di perkarangan Pusat Persatuan Pelajar, Universiti Teknikal Malaysia Melaka pada pukul 6.00pagi -6.30 pagi. Pada pukul 6.30 pagi - 7.00 pagi, wakil kumpulan pelajar dan pensyarah memberi sedikit taklimat tentang lawatan yang akan diadakan.

Selepas taklimat ringkas selesai, pelajar dan pensyarah mula mengisi ruang di dalam sebuah bas dan wakil pelajar memastikan semua yang terlibat telah ada di dalam bas tersebut. Dalam pukul 7.30 pagi, bas mula bertolak dari Universiti Teknikal Malaysia Melaka menuju ke Proton Shah Alam.

En Sadhiqin bergurau senda dengan pelajar

Akhirnya dalam pukul 10.00 pagi, bas lawatan tiba ke destinasi. Kesemua peserta lawatan kemudiannya disambut oleh kakitangan Proton.

Pandangan hadapan Proton Shah Alam



Ruang dalam bangunan Proton



Kakitangan Proton Menyambut kehadiran peserta lawatan

Setelah sampai dan disambut baik oleh kakitangan Proton, semua peserta lawatan dibawa ke sebuah dewan untuk kakitangan Proton memberi ucapan alu-aluan dan serba sedikit pengenalan tentang Proton serta tentang kilang yang dilawati.

Pelajar-pelajar dan pensyarah mengambil tempat di dalam dewan

Wakil Proton memberi ucapan

Setelah wakil dari Proton selesai memberi ucapan dan sedikit informasi tentang Proton tadi, peserta lawatan kemudiannya dibawa ke dalam kilang pembuatan kereta. Lawatan ke dalam kilang ini di sertai oleh jurutera Proton dan beberapa kakitangan Proton yang lain. Jurutera Proton yang ditugaskan untuk mengiringi peserta lawatan sangat ramah dan bersungguh-sungguh memberi penerangan tentang bahagian-bahagian yang terdapat di dalam kilang tersebut. Antara isi penting ucapan beliau:

Proton Exora
- 1 hrs 20 units of cars produced
Perancangan Proton
- Join with the Mitsubishi company
Proton Emas (New)
- Dijangka keluar ke pasaran tahun depan (2012)

Kadar penghasilan oleh kilang:
- Hasil keluaran: 150 ribu/tahun
- Model: P2-11A/P2-11C (kod untuk Proton Saga)
- Keluaran: 40 unit/jam @ 90 saat
- Current Line Speed: 38 unit/jam
- Time taken per unit product: 94.7 Saat/unit
- Line efficiency: 95%
- Total Process time: 19.234Sec
- Man Power:207 (Direct); 63 (Indirect)
- Line time Actual(LTA): 5.72 man/hrs/unit

Semasa di dalam kilang, para pelajar sangat teruja dengan kelajuan penghasilan kereta di dalam kilang tersebut. Semuanya berlaku secara automatik. Dari pemasangan bahagian-bahagian kecil dalaman kereta hingga ke ujian kualiti kereta, semuanya amat pantas. Jadi, tidak hairanlah Proton dapat menghasilkan 150 ribu kereta dalam masa setahun.

Jurutera Proton membawa peserta lawatan ke dalam kilang

Jurutera Proton memberi penerangan

Suasana dalam kilang Proton

Penerangan oleh jurutera Proton

Reaksi pelajar di dalam kilang

Jurutera Proton memberi penerangan tentang penghasilan kereta

Para pelajar melihat suasana dalam kilang Proton

Setelah selesai melawat suasana dalam kilang tersebut, Proton memberi sedikit jamuan kepasa peserta lawatan sebagai tanda terima kasih mereka kerana Universiti Teknikal Malaysia Melaka sudi datang ke kilang mereka.

Jamuan disediakan oleh Proton

Selesai menjamah jamuan itu tadi, peserta lawatan merakamkan gambar bersama beberapa kakitangan dan jurutera Proton untuk tujuan kenangan. Wakil pensyarah kemudiannya memberi sedikit cenderahati kepada wakil Proton sebagai tanda terima kasih dari universiti kepada mereka kerana sudi menerima kunjungan.

Bergambar dengan kakitangan dan jurutera Proton

En. Sadhiqin memberikan cenderahati

Selepas pemberian cenderahati itu tadi, dalam pukul 11.00 pagi berakhirlah sesi lawatan ke kilang Proton. Akhir kata, walaupun lawatan yang dijalankan singkat tetapi informasi dan pengetahuan yang diperolehi sangat berharga. Sedikit sebanyak, lawatan industri ini dapat memberi pemahaman tentang proses penghasilan automasi yang telah pun dipelajari secara teori di dalam kuliah.

Terima kasih kepada Proton kerana memberi layanan yang baik sepanjang lawatan diadakan.

1 comments:

Anonymous said...

good job!

Post a Comment

Thank you for your comments.

Links